Thursday, December 11, 2008

Maafkan aku!

aku dah lama tak berjumpa dengan dia..apa kabar dia sekarang ya, bisik hati kecil ku..tak lama lepas tu, telefon aku berbunyi, aku dapat satu sms..n terperanjat kerana si dia yang sms aku..aku berkata sendirian, ape mimpi mamat tu sms aku ni..rasa ya dah hampir setahun aku lost contact dengan dia..jadi dalam sms itu, dia ajak jumpa kerana satu perkara..malas pikir panjang, aku pun jumpa la dia..di tempat yang dijanjikan..dia datang dengan membawa satu beg kecil, aku peratikan sahaja hingga dia sampai di tempatku..perasaan aku tidaklah segirang manapun..cuma terasa bersalah kerana menjauhkan diri darinya, tanpa memberi sebarang pesanan..masa berjumpa..lidah kelu untuk berkata-kata, mungkin sudah lama tak berbicara gamaknya..terasa macam orang asing..tp aku tak peduli tu semua, aku memulakan bicara..ayat pertama kuar dari mulutku..apa kabar..sihat..dia menjawabnya dengan tenang..jadi boraklah macam biasa..kisahnya lalu di imbas kembali, tetapi dia langsung tidak tanya pun mengapa aku menjauhkan dari dia..seolah-olah macam tiada apa yang jadi..lantas aku berbuat biasa, macam tidak ada yang berlaku..sedang asyik berbual..dia mengeluarkan sesuatu dari beg yang dibawanya..ada 3 ketul kepak ayam, yang berkaler..kuning, hijau dan biru..kemudian dia hulur pada aku, suruh amik..mula2 aku refuse..tetiba pulak kan..tp dia suh jugak..lalu aku pun ambil la, aku pilih kaler kuning..aku pelawa dia, tp dia kata, makan la dulu..lalu aku pun cubit la untuk merasa..tetiba air mataku mengalir keluar tanpa disuruh..mengalir dan terus mengalir tanpa henti2..dia bertanya mengapa..tetapi aku tidak mahu menjawapnya..lalu dia meminjamkan bahunya untuk ku bersandar..sambil memegang ayam tersebut..aku menangis tanpa henti2..dia hanya peratikan, dan biarkan aku menangis sepuas2nya..kemudian dia amik ayam yang berada di tanganku itu, lantas, makan sekali..bertambah2 sebak aku diwatnya..mulut masa itu, tidak boleh berkata apa2x..setelah puas menangis di bahunya..dia meminta izin untuk menghantar aku pulang..aku menurutinya, sepanjang berada di dalam keta, dia dan aku tidak berkata apa2..masing senyap je, sampailah aku sampai di umah..dia hanya melafazkan ucapan terima kasih kerana sudi keluar dengannya...aku hanya membalas dengan ucapan sama2x sahaja..kemudian dia berlalu pergi..malam tu, aku terpikir apa kaitan dengan ayam yang berwarna itu..kenapa dia tidak berkata apa2 pada ku ketika aku sedang nangis teresak2x..mengapa..mengapa...mengapa..puas sepanjang malam aku memikirkannya, tetapi masih tidak dapat jawapan..sehingga sekarang dia tidak menghubungi ku lagi..maafkan aku!

~ nora

p/s: citer ini hanya rekaan semata-mata..ia datang sewaktu mimpi..hehehe

No comments: